top of page

penghargaan

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru kaunseling sekolah SMK Seksyen 11 iaitu Encik Fazli, yang sudi menyelaras dengan kumpulan kami demi kejayaan untuk melaksanakan program bermakna ini dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kami juga amat bersyukur atas kesudiaan beliau membantu sepanjang proses preperasi dan penjalanan program ini. 

Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar SMK Seksyen 11 yang telah menyertai program Explorace yang kami telah anjur dengan penuh dedikasi, serta kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus Hubungan etnik, Encik Serit kerana telah mendorong dan membimbing kita supaya program ini dapat dilaksanakan dengan berjayanya.

Tidak lupa penghargaan kepada ahli keluarga masing-masing untuk sokongan dan bantuan mereka bagi melaksankan program ini dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, amat bersyukur dengan kerjasama kumpulan kami yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi bagi menyiapkan program ini.

IMPAK PROGRAM

Melalui penganjuran program "Explorace" di SMK Seksyen 11. Kami berpendapat bahawa impak terbesar terhadap peserta yang terlibat adalah perpaduan antara kaum berbeza serta sikap kepimpinan dapat dipupuk dalam diri setiap peserta . 

Dengan pelbagai acara stesen yang perlu diselesai melalui kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi, para peserta perlulah berinisiatif untuk mangagihkan tanggungjawab antara ahli kumpulan mereka demi berjaya. Hal ini telah dengan jayanya memberi peluang kepada semua peserta untuk berinteraksi antara satu sama lain, berkomunikasi dan berfikiran tajam untuk mengatasi cabaran setiap acara stesen.

Di samping itu, kumpulan-kumpulan peserta mempunyai pelajar dari tingkatan yang berbeza. Program ini telah memberi peluang kepada peserta yang berlainan kaum dan berlainan umur untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Mereka telah mengamalkan nilai kesopanan dan ketatsusilaan dar Rukun Negara. Program ini telah berjaya menjadikan  platform menerapkan nilai moral dan sivik. Hal ini kerana, walaupun setiap kumpulan menghadapi cabaran untuk menyelesaikan permainan tertentu, kadangkala disebabkan kekurangan upaya salah satu ahli kumpulan, setiap ahli tetap saling menghormati dan memahami untuk menjaga keharmonian situasi.

 

Akhir kata, kami amat bangga kerana dapat melihat kegigihan dan dedikasi kami sekumpulan untuk menganjurkan program yang amat bermakna dan berimpak terhadap peserta-peserta program.

 

kESIMPULAN

Pada keseluruhannya, kami secara kolektif berasa acara Explorace di bawah program "Kami Anak Malaysia (KAM)" ini amat bermakna serta bermain peranan yang besar untuk mulakan perbincangan tentang peranan masyarakat Malaysia sebagai titik permulaan memupuk perpaduan dalam golongan mudah. Melalui perjalanan program ini dengan pelajar-pelajar sekolah SMK Seksyen 11, kami amat bersyukur diberi peluang untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian masa hadapan Malaysia kerana telah menerapkan elemen-elemen perpaduan dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini dengan pelbagai acara stesen juga memberikan ruang kepada para peserta untuk menagamalkan lima prinsip rukun negara. Patriotisme juga dititikberatkan melalui nyanyian lagu Negaraku sebelum acara bermula.

Kami berharap agar program Explorace yang telah dijalankan pada 18 Jun 2019 akan terus memberi impak positif terhadap sikap kepimpinan para pelajar terlibat, dengan harapan mereka berhasrat menjadi pemimpin negara pada masa hadapan kerana bak kata pepatah "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara."

 

Dengan itu, kami amat bangga atas semangat berpasukan semua ahli-ahli kumpulan kita serta para pelajar yang terlibat untuk menjayakan perlaksanaan program ini. 

Taylor's Graduate Capabilities (TGC) yang dipelajari:

1. Digital Literacy (Penghasilan e-portofolio)

2. Lifelong Learning (Pemahaman kelakuan murid-murid)

3. Thinking and Problem Solving Skills (Permainan stesen)

4. Communication Skills (Komunikasi dengan murid)

5. Interpersonal Skills (Kefahaman dan kerjasama kumpulan)

Anchor 1
Anchor 2

refleksi

Bridget fong kah yee

Melalui perancangan dan pelancaran program ‘Explorace’ ini, saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman baru. Saya bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya untuk memilih permainan yang sesuai berdasarkan tingkatan peserta dan jenis sekolah tersebut. 


Perancangan permainan stesen ini juga membolehkan saya mempelajari cara untuk membahagikan masa untuk memenuhi masa 4 jam dan memastikan semua kumpulan bergerak dengan teratur. Contohnya, kami telah menyusun stesen permainan dalam susunan tertentu agar peserta-peserta tidak akan berasa keliru dan sesat apabila mencari stesen seterusnya, dan kami dalam sekumpulan perlu jumlah permainan dan tempoh masa satu stesen. 


Antara cabaran terbesar yang saya mengalami semasa program ini dilaksanakan ialah kefasihan Bahasa Melayu (BM) saya. Walaupun BM saya tidak berapa bagus, saya cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan peserta-peserta. Program ini telah menekankan kepentingan komunikasi antara penganjur program dan peserta-peserta. Peserta-peserta tersebut sangat berkelakuan baik dan menunjukkan semangat berpasukan pada setiap masa. 
Pada pendapat saya, program ‘Explorace’ ini berjaya memupuk kepimpinan dan kerjasama dalam peserta-peserta, dan saya mempunyai masa yang seronok semasa program ini dijalankan. Saya juga amat berterima kasih dengan ahli-ahli kumpulan saya yang membolehkan program ini dijalankan dengan lancar. 

kashinie subramaniam

Terdapat banyak manfaat yang saya peroleh daripada melaksana acara “Explorace” ini. Pertamanya ialah saya dapat banyak pengetahuan dan memperoleh peluang yang biasanya tidak dapat dialami melalui pelajaran bilik darjah. Dengan bekerjasama, kami sebagai ahli kumpulan dapat memupuk silaturahim antara satu sama lain dan pada masa yang sama memupuk perpaduan. Melalui pelancaran program ini, telah menyedarkan saya mengenai kepentingan pengagihan tugasan, oleh kerana hanya dengan kerjasama kita dapat melakukan semua acara permainan stesen dengan lancarnya bak kata pepatah “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

 

Sebagai ahli kumpulan aktif, saya berusha untuk menyumbang idea semasa perbincagan kumpulan untuk mencadangankan aktiviti yang patut dianjur pada mulanya. Pada hari program berlangsung di SMK Seksyen 11, saya juga berusaha sedaya upaya untuk melakukan tugasan saya dengan cekap sebagai fasilitator salah satu stesen walaupun lokasi permainan kurang ideal. Hal ini kerana, stesen kami terletak di hujung padang dan menyukarkan proses pembawaan air. Dengan ini, antara cabaran terbesar saya merupakan proses pembawaan air, tetapi dengan kerjasama rakan stesen saya, kita mengatasi situasi tersebut dengan mengambil giliran membawa air.

 

Kesimpulannya, program ini amat bermakna kepada saya kerana diberi peluang yang unik untuk berinteraksi dan bersosial dengan golongan muda demi tujuan menerapkan elemen-elemen perpaduan antara para peserta yang berlainan kaum. Seterusnya, program ini juga dapat memupuk kepimpinan dan kerjasama dalam peserta-peserta secara langsung. Saya juga berasa amat bersyukur kepada semua ahli kumpulan saya kerana acara “Explorace” ini tidak mungkin berjaya tanpa kerajinan dan kegigihan semua orang.

Edward Loh Chun Seng

Melalui program ini sahaja saya telah mengetahui kepentingan program “Explorace”. Aktiviti-aktiviti yang saya dengan kawan-kawan saya melakukan dibenarkan saya pengetahuan yang tidak boleh didapati dari sekolah dan hanya boleh dicapai dengan interaksi yang benar. Dengan bekerjasama, kumpulan saya telah berjaya menguruskan acara yang meningkatkan semangat antara pelajar-pelajar umur yang berbeza dan bersatu mereka melalui memainkan permainan stesen yang kami bersedia untuk mereka. Tapi, jika saya dan kawan-kawan saya dalam kumpulan tidak berbincang baik-baik dengan masa penyediaan yang cukup, kami akan gagal merancang acara ini. Saya berterima kasih atas kumpulan saya kerana kami dapat bekerjasama dan mengedarkan tugasan kepada semua orang dengan baik dan cekap. Kami dapat melakukan acara ini di sekolah SMK Seksyen 11, walaupun pelajar-pelajar sana adalah semua bangsa melayu, tapi saya berasa kita bersatu kerana kita semua sedang melakukan acara dengan berseronok.

IMG_3018.png

Pamela Lee Su Yen

Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang diperolehi. Antaranya adalah nilai kerjasama di antara kumpulan saya. Saya amat bersyukur terhadap rakan pasukan saya yang bekerjasama untuk menjalankan aktiviti ini dengan baik supaya kami dapat mencapai matlamat kami.

Semasa aktiviti dijalankan di SMK Seksyen 11, pasukan saya amat cekap supaya semua sesi dijalankan dengan baik. Pelajar- pelajar yang menyertai program ini sangat responsif dan mereka amat berseronok melalui program tersebut. Peranan saya dalam program ini adalah seorang stesen master dalam satu aktiviti yang melibatkan makanan. Setiap ahli akan mempunyai satu kerepek atas dahi mereka. Kemudian, mereka perlu membawa kerepek tersebut ke mulut mereka tanpa menggunakan tangan. Ahli kedua hanya boleh mula hanya selepas ahli pertama berjaya. Proses ini diulangi selama 15 minit. Semangat mereka dalam aktiviti amat tinggi dan mereka membantu satu sama lain supaya setiap ahli dapat menang. 

Kesimpulannya, saya amat bersyukur bahawa program ini dilancarkan dengan baik. Semua ini adalah kerana sikap bertanggungjawab di antara ahli sepasukan saya dan juga pelajar-pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Semangat kesatuan juga diperolehi oleh kami semua. Saya amat menghargai pengalaman ini dan saya berharap untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti dan masyarakat pada masa hadapan.
 

IMG_2966.png

ng zhong yang

Program ini telah banyak memberikan manfaat kepada saya. Melalui program explorace ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat penting dan bermanfaat kepada saya. Antara salah satu nilai yang saya dapat kukuhkan daripada program ini adalah kerjasama. Melalui kerjasama dengan rakan-rakan saya, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Dari peringkat awal, saya dengan ahli kumpulan saya telah bekerjasama untuk menyumbang idea tentang aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan semasa sesi perbincangan. 

Pada hari perlangsungan Program, tugasan saya adalah seorang fasilitator stesen permainan dengan seorang lagi rakan sepasukan. Kami berdua menyedia dan menyusun alat-alat untuk stesyen kami. Stesen permainan kami dapat berlangsung dengan lancar sebab kerjasama antara kami dan pelajar yang terlibat juga memberikan kerjasama yang secukupnya. 

Cabaran yang telah saya hadapi sebagai seorang tuan stesen adalah kefasihan bahasa melayu saya sebabnya saya telah lama tidak berkomunikasi dalam Bahasa Melayu selepas Sekolah Menengah. Oleh itu, saya terpaksa memberikan arahan dan taklimat tentang peraturan kepada murid-murid dengan campuran kegunaan kedua-duadnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Keseluruhannya, program ini telah memberikan pegalam kepada saya yang tidak dapat dilupakan. Program ini juga memberikan saya peluang untuk berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan etnik berbeza. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya ahli kumpulan saya yang telah banyak menyumbang untuk menjadikan program ini amat berjaya
 

IMG_3085.png

shawn ng xinwei

Sepanjang program explorace ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya tidak dapat dari sekolah dan hanya boleh dipelajari melalui interaksi dengan orang lain. Pertamanya, saya mengetahui kepentingan kerjasama dengan semua ahli- ahli kumpulan. Program ini telah memberi peluang bagi kita untuk meluang masa bagi merancang aktiviti-aktiviti bagi program ini. melalui berbincangan, kita dapat menetapkan masa bagi setiap station game, lokasi dan jenis permainan yang memupuk semangat perpaduan dan pada masa yang sama berseronok. Dengan kerjasama, kumpulan kita dapat berinteraksi dengan pelajar smk seksyen 11 dan meningkatkan semangat bersatu antara kumpulan dengan kita.

 

Cabaran yang saya hadapi ialah komunikasi dengan pelajar tersebut sebabnya kian sudah lama saya tidak menggunakan bahasa melayu semasa bercakap sejak selepas SPM. Saya mendengar dengan meneliti tetapi kadangkala tidak faham apa yang mereka bertutur. Saya juga tidak tahu bagaimana bercakap dalam bahasa melayu. Saya dan xinyi telah menggunakan beberapa bahasa inggeris supaya mereka faham.

 

Saya amat berterima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana kami dapat bekerjasama menjalankan program ini dengan cekap. Dengan ini kita dapat meluaskan hubungan ke bangsa yang lain serta memahami tradisi orang melayu. Walaupun pelajar di SMK seksyen 11 ialah melayu , kita dapat berseronok kerana menjalankan program ini bersatu.

ash.png

Wong Zhao Xian

Melalui program ini, saya terdapat banyak pandangan baru.  Salah satunya adalah bersabar dan belajar cara baru untuk berkomunikasi dengan orang lain.  Saya belajar bahawa terdapat banyak cara untuk bekerjasama dalam satu pasukan antara satu sama lain.  Peranan saya dalam penjelajahan adalah Stesen master untuk salah satu stesen di mana pelajar perlu memburu gula-gula dalam mangkuk tepung dengan ‘satay stick’ tetapi hanya satu orang memegang satu ‘satay stick’.  Bersama-sama mereka perlu memburu gula-gula.

Saya menyaksikan mereka bekerjasama dan berjaya.  Banyak pasukan datang dan banyak daripada mereka berjaya.  Melalui pengalaman itu, saya perhatikan bahawa setiap orang ada cara yang berbeza dalam bekerja dengan orang lain.  Saya belajar bahawa semua orang adalah berbeza apabila ia bekerja berpasukan dan saya perlu belajar untuk menjadi fleksibel.Saya menghargai semua yang saya pelajari pada hari itu dan sepanjang pengalaman ini.
 

WhatsApp Image 2019-06-22 at 2.35.19 PM.

Daryl Goon Kin Kit

Sepanjang program Explorace ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan pengalaman yang tidak boleh dicapai dari buku buku di sekolah. Antara manfaat yang saya perolehi adalah Nilai bertanggungjawab, semasa perancangan, saya dan kawan-kawan saya memberi idea untuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan. Saya mencuba sedaya upaya untuk menghadiri setiap sesi  perbincangan. Selain itu, saya juga memperolehi nilai bekerjasama, saya telah bekerjasama dengan kawan saya untuk menjaga antara satu stesen. Kami menyusun alat-alat permainan tersebut bersama-sama dan mengambil giliran untuk mengambil air yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti itu.


Dengan itu, antara cabaran yang saya mengalami adalah sumber air berada di tempat yang jauh dari lokasi stesen kami. Oleh itu, saya dan kawan saya mengambil giliran untuk mengambil air dari tempat yang jauh itu dengan mengguna baldi besar. Selain itu, oleh kerana Bahasa Melayu saya tidak berapa fasih, saya terpaksa berkomunikasi dengan perlahan-lahan supaya peserta-peserta boleh menfahami arahan saya.
 

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang telah saya perolehi, cabaran juga boleh dikatakan sebagai manfaat, ia itu kerana cabaran adalah sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri sendiri. Saya berasa program ini telah memberi impak positif kepada peserta-peserta dan juga kami sebagai penyelaras dalam segi etnik diri sendiri di mana semangat perpaduan dipupuk.
 

di.png

Dinesha Kanagasundaram

Sebagai ketua penyelaras permainan, terdapat pelbagai cabaran untuk memastikan permainan atau program acara memenuhi syarat-syarat sekolah. Hal ini kerana, pihak sekolah juga mempunyai objektif mereka iaitu memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid SMK Seksyen 11 dan pada masa yang sama , memastikan para pelajar mengenali nilai-nilai kerjasama dan perpaduan apabila menjalankan tugas bersama-sama orang lain , tidak kira budaya dan bangsa. Selain itu, pendedahan projek sosial seperti ini telah memberikan banyak manfaat dari segi pembahagian masa dan saya dapat  belajar mengutamakan tugas-tugas yang sepatutnya supaya kerja diselesaikan dengan sistematik dan lancar. 

Bukan itu sahaja tetapi saya juga berasa amat bertuah kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan yang sangat  berdikari dan bertanggungjawab. Saya dapat menyampaikan arahan dengan mudah dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menanyakan soalan. Oleh itu, segala urusan diuruskan dengan lancar. 

Deduksinya, program ini telah memberikan kesan yang amat bermakna bagi saya dan saya berharap bahawa pada masa akan datang nanti, saya diberikan peluang seperti ini lagi. 
 

sin.png

loy xin yi

Program Explorance yang dianjurkan di Sekolah SMK Seksyen 11 telah banyak membawa manfaat kepada saya.

Ketika hari perlangsungan Program, saya bertugas sebagai salah satu fasilitator stesen permainan dengan ahli kumpulan Shawn. Aktiviti berlangsung dengan lancar sebab kerjasama antara kami berdua dan pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini sangat seronok kerana saya berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti interaksi dengan kumpulan-kumpulan etnik berbeza dan memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru.

Cabaran utama yang saya hadapi adalah kesusahan komunikasi dengan pelajar etnik lain dengan menggunakan Bahasa Melayu. Saya mengatasi cabaran ini dengan mencampuri Bahasa Inggeris dengan Melayu. Ini menyedarkan saya tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia dalam menyekatkan ikatan-ikatan antara perlbagai bangsa untuk mencapai perpaduan.
 

z.jpg

Lee Zi Xuan

Program explorance ini telah membawa banyak manfaat kepada saya. Melalui program explorance ini , saya telah mempelajari beberapa nilai yang penting dan amat bermanfaat dalam kehidupan saya. Salah satu nilai yang saya mempelajari dalam program explorance ini ialah nilai bekerjasama. Bekerjasama mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja.

 

Selain itu , sebagai seorang jurugambar dan juruvideo dalam program explorance ini , saya juga dapat mempelajari nilai bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab amat penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah bertanggungjawab dengan melakukan sesuatu agar dapat dihormati dan dipercayai oleh orang lain. Dengan mempunyai nilai bertanggungjawab kita dapat menjadiu seorang yang amanah.

Joel Chin

j.png

Program yang dijalankan oleh kami ialah Explorace. Sepanjang program ini, terdapat beberapa pengajaran yang dipelajari oleh pelajar dan peserta program ini. Antaranya ialah, sikap bekerjasama antara satu sama lain tampa mengira umur ataupun etnik dan sikap toleransi antara satu sama lain dalam kumpulan masing-masing. Program ini juga meningkatkan kemahiran berinteraksi dan kreativiti peserta-peserta turut kami yang menganjurkan program ini. Saya percaya bahawa program ini dijalankan dengan lancar dan berjaya mengeratkan hubungan silaturahim peserta dan kami sebagai penganjur. 

Sebagai seorang penganjur dan emcee program ini, saya telah pelajari bagaimana untuk berinteraksi dan mengurus peserta yang ramai. Dalam stesyen yang diurusi oleh saya, saya melihat bagaimana ahli kumpulan peserta bekerjasama dan memberi sokongan antara satu sama lain semasa menjalani stesyen saya. Terdapat beberapa cabaran yang dialami sepanjang program ini. Antaranya adalah pengurusan masa untuk program ini. Walaubagaimanapun, bersama ahli-ahli yang lain, kami berjaya menghabiskan program ini lewat beberapa minit sahaja kerana kami dapat mengubah jadual secara spontan dan baik. 

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana dapat menganjurkan program ini bersama rakan-rakan saya yang lain. Program ini bukan sahaja bermanfaat kepada peserta tetapi saya juga kerana dapat meningkatkat kemahiran berinteraksi, mengurus program dan kreativiti saya. Semangat kesatuan dapat dilihat dalam ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan program ini. Saya berharap agar program-program seperti ini dapat dijalankan lagi dan saya dapat melibatkan diri dalam dalam aktiviti sosial lagi.

Amira Zakiah Zaky

IMG_3065.png

Melalui pelaksanaan program ‘Explorace’ ini, saya telah memperoleh pelbagai pengajaran serta melalui pelbagai pengalaman yang berharga. Saya telah berusaha untuk bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya dalam proses pemilihan permainan yang bersesuaian untuk peserta _ tingkatan dan jenis sekolah tersebut.

Saya selaku pengacara majlis telah pun mengambil langkah untuk menyediakan skrip yang mantap buat hari program tersebut.. Sementara skrip disediakan, terdapat tugasan untuk membeli barangan buat permainan yang telah ditetapkan. Sewaktu program tersebut dilaksanakan, saya sedar bahawa saya perlu memperbaiki lagi dan menjadi lebih fasih serta lancar dalam berbahasa Melayu. Saya juga sedar bahawa saya perlu mempraktikkan lagi berbahas di hadapan khalayak ramai supaya lebih yakin di masa hadapan, dalam masa yang sama memberi arahan dengan lebih terang. 

 

 Pada pendapat saya, program ‘Explorace’ ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan serta kerjasama dalam diri peserta. Selama program tersebut dilaksanakan, setiap arahan diterima dengan baik dan persefahaman antara setiap ahli kumpulan dan juga peserta. Saya berterima kasih kepada peserta kerana memberi kerjasama yang padu dengan mendalami setiap tugasan dan permainan yang disediakan. Tidak dilupakan dengan berkat tenaga dan usaha setiap ahli kumpulan dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.

Ng yoong shuen bernice

ber.png

Melalui program explorance ini, saya percaya bahawa pelajar dan peserta program ini telah banyak memperolehi kemahiran-kemahiran yang tidak wujud di dalam buku buku teks yang biasa. Semesa program explorance ini dijalankan, peserta-peserta dari tingkatan-tingkatan yang berbeza dapat berinteraksi dan mengenali kawan yang baru. Hal ini juga telah berjaya memupuk semangat bermuafakat antara peserta - peserta yang datang dari kaum yang berbeza. Program ini juga telah dilangsungkan decara lulus dan berjaya sebab sikap peserta peserta yang aktif dan berkoorperasi dengan kami. Mereka yang telah dibahagikan kepada kumpulan kumpulan masing masing berkerjasama untuk melancarkan aktiviti aktiviti yang disiapsediakan oleh kami. Kami berasa sungguh berpuas hati dengan hasil penyelerasan yang diperolehi dari peserta peserta di SMK Seksyen 11.

 

Pada hari perlangsungan Program, tugasan saya adalah seorang fasilitator stesen permainan dengan rakan saya Zhong Yang. Kami berdua-dua perlu menyedia dan menyusun alat-alat untuk stesen kami. Setalah kumpulan kumpulan bertiba di stesen kami, kami perlu menjelaskan peraturan peraturan stesen game kami kepada peserta peserta itu. Selepasnya, meraka akan sesungguhnya menjalani game tersebut dan memenangi markah dari game itu. Kumpulan yang terdapat markah yang tertinggi telah disampai hadiah.

 

Cabaran terbesar untuk saya semasa program explorance ini ialah cabaran untuk berkomunikasi dengan peserta peserta. Saya tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu secara lancar semasa menjelasi peraturan stesen game kepada peserta peserta. Nasib baik peserta peserta bersikap sabar dengan bahasa melayu cacat saya dan telah memberi saya peluang untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris jika perlu.

 

Kesimpulannya, saya bertuah untuk mempunyai perluang ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti Program Explorance ini. Ini adalah sesuatu pengalaman yang baik yang akan saya menghargai dalam hati saya.

 

Elvin ngu hiew bin

el.png

Melalui program ini, saya terdapat banyak pengajaran dan ilmu pengetahuan kerana saya tidak dapat sahaja berinteraksi dengan pelajar-pelajar  tapi juga mengamalkan nilai bertanggungjawab sebab saya sebagai pengurus stesen permainan dan dapat bekerjasama dengan kawan-kawan saya untuk bagi pelajar berseronok.. Saya juga bersikap adil dengan pelajar-pelajar dari sekolah itu. Inilah yang sikap dan nilai saya terdapat melalui melakukan acara ini, saya juga amat bangga sebab saya telah cuba melibatkan diri sendiri agar saya menjadi sebahagian daripada pasukan yang telah menyertai permainan saya.

Taylor's University, Subang Jaya, Selangor.

school.png
facebook-logo-button.png

Hubungan Etnik 

bottom of page