
KAMI ANAK MALAYSIA (KAM)
Program explorace
Slogan: MENYEMAI CINTA MELESTARIKAN PERPADUAN
OBJEKTIF
-
Pelaksanaan projek KAM adalah di bawah kursus Hubungan Etnik dan tujuannya adalah untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan penyemaian semangat bekerjasama antara murid-murid. Selain itu, penganjuran program ini adalah kerjasama di antara :
i. Sekretariat Rukun Negara Taylor’s University
ii. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
iii. Pelajar Hubungan Etnik Semester Mac 2019
-
Selain itu, kami berharap agar program ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan murid-murid serta meningkatkan perpaduan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada murid-murid agar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif.
-
Menyediakan ruang untuk generasi muda menzahirkan rasa cinta kepada Negara
-
Menyediakan platform untuk pelajar menerapkan nilai murni dan kesedaran sivik
pengenalan
program
-
Kami ingin menganjur acara "Explorace" di SMK Seksyen 11. Acara tersebut akan dijalankan dengan penglibatan 15 orang ahli kumpulan dari Taylor’s University Lakeside Campus dan kami bertujuan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 4 jam untuk menjalankan acara tersebut.
-
Masalah yang ingin diselesai dalam kalangan murid ialah kekurangan kerjasama dan sifat kepimpinan dan perpaduan pada zaman moden ini.
-
Sekolah yang dipilih oleh kumpulan kami ialah SMK Seksyen 11 di Shah Alam. Cadangan masa dan tarikh adalah dalam tempoh tarikh 10-21 Jun pada 11:00 pagi.